Harta Pusaka merangkumi aset-aset seperti hartanah, harta benda dan pelaburan yang ditinggalkan oleh simati.

Pentadbiran Pusaka yang teliti dapat memastikan waris yang masih hidup mewarisi harta simati. Sekiranya tidak ditadbir dengan baik, pengagihan pusaka akan menjadi satu urusan yang rumit dan memberikan tekanan serta mencetuskan kebimbangan waris.

Mentadbir Pusaka boleh memakan masa selama 3 bulan atau bertahun-tahun bergantung kepada jenis aset dan sebarang pertikaian yang mungkin timbul.

Di Malaysia, terdapat 3 institusi yang mempunyai kuasa mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir iaitu Mahkamah Tinggi Sivil, AmanahRaya dan Unit Pembahagian Pusaka Kecil. AmanahRaya mengeluarkan Surat Kuasa dalam bentuk Akuan atau Arahan seperti yang dilindungi oleh Akta Perbadanan Amanah Raya 1995. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai fi pentadbiran Pusaka sila rujuk soalan lazim Pusaka: www.amanahraya.my/ms/pentadbiran-pusaka/soalan-lazim-pusaka/

A-Life Legasi Builder ialah pelan takaful keluarga yang membantu anda membina legasi yang teguh demi jaminan esok, memastikan keluarga tersayang boleh terus mencapai harapan dan mimpi mereka.

Dengan A-Life Legasi Builder, anda boleh membina legasi yang lebih baik apabila anda menyertai AIA Vitality, menikmati ganjaran tambahan apabila anda kekal berdisiplin dalam merancang kewangan dan mempunyai fleksibiliti untuk membina perlindungan dan simpanan anda.

APA YANG DISEDIAKANNYA?

HIBAH KEPADA YANG TERSAYANG, MENJAMIN MASA HADAPAN GENERASI AKAN DATANG

Pelan ini memberikan keluarga anda bayaran sekali gus sekurang-kurangnya:

  • 100% jumlah perlindungan jika anda meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal,
  • 200% jumlah perlindungan jika anda meninggal dunia akibat kemalangan,
  • 300% jumlah perlindungan jika anda meninggal dunia akibat kemalangan ketika menaiki pengangkutan awam,
  • 600% jumlah perlindungan jika anda meninggal dunia akibat kemalangan disebabkan oleh bencana alam.

Terima Faedah Pengurusan Harta Pusaka sehingga RM20,000 jika anda meninggal dunia untuk meringankan kos pengurusan harta pusaka.

Untuk maklumat lanjut/memohon pelan A-Life Legasi Builder, boleh hubungi agent di sini…

Contoh: RM500 ribu
Contoh: RM50 ribu
Contoh: RM1 Juta