Pelan Perlindungan pendapatan (income protection plan) atau Pelan Penggantian pendapatan (income replacement plan) adalah suatu pelan yang berperanan untuk melindungi dan menggantikan pendapatan peserta Takaful sekiranya berlaku salah satu daripada perkara berikut;

  • Kematian
  • Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (HUKM)
  • Penyakit kritikal
  • Penyakit kritikal peringkat awal

Tujuan pelan perlindungan pendapatan (income protection plan) atau pelan penggantian pendapatan (income replacement plan) adalah untuk meringankan beban pasangan atau keluarga peserta Takaful sekiranya berlaku sesuatu musibah seperti yang disenaraikan di atas kepada pencarum Takaful.

Pernahkan anda lihat saudara-mara, rakan, jiran atau sahabat anda yang diberhentikan kerja akibat kemalangan atau kecacatan yang dialami? Apa terjadi kepada mereka, isteri dan anak-anak mereka?

Siapakah Yang wajar Memiliki Pelan Perlindungan Gaji (Income Protection Plan) Atau Pelan Penggantian Gaji (Income Replacement Plan)?

Ketua keluarga atau pencari nafkah untuk keluarga (breadwinner) wajar pertimbangkan untuk memiliki pelan perlindungan gaji (income protection plan)  atau pelan penggantian gaji (income replacement plan) ini.

Ada 2 cara untuk merancang pelan perlindungan gaji (income protection plan) atau pelan penggantian gaji (income replacement plan).

  • Cara Pencairan Modal (Capital Liquidation Method)
  • Cara Pengekalan Modal (Capital Intact Method/Capital Conservation Method)

Manfaat Kematian/Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh

Melalui cara pencairan modal (capital liquidation method) ini beperanan untuk melindungi gaji (income protection) peserta Takaful untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun sekiranya berlaku sesuatu musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

Andaikan gaji peserta Takaful sebulan adalah RM 1,000. Maka jumlah manfaat perlindungan berkaitan kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh yang perlu dimiliki dalam polisi Takaful adalah sekurang-kurangnya RM 120,000.

Contoh

Gaji sebulan = RM 1,000

Gaji setahun = RM 12,000

Manfaat kematian = RM 120,000

Manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh = RM 120,000

Manfaat Perlindungan Berkaitan Penyakit Kritikal / Penyakit Kritikal Awal

Jumlah manfaat perlindungan berkaitan penyakit kritikal yang disarankan adalah sekurang-kurangnya antara 3 hingga 5 kali gaji tahunan. Manakala jumlah manfaat perlindungan berkaitan penyakit kritikal peringkat awal yang disarankan adalah sekurang-kurangnya 1 kali gaji tahunan.

Andaikan gaji anda sebulan adalah RM 1,000. Maka jumlah manfaat perlindungan berkaitan penyakit kritikal yang perlu anda miliki dalam polisi Takaful adalah sekurang-kurangnya antara  RM 36,000 hingga RM 60,000. Manakalah jumlah manfaat perlindungan berkaitan penyakit kritikal peringkat awal yang perlu anda miliki dalam polisi Takaful adalah sekurang-kurangnya RM 12,000.

Contoh

Gaji sebulan = RM 1,000

Gaji setahun = RM 12,000

Manfaat penyakit kritikal = RM 36,000 hingga RM 60,000

Manfaat penyakit kritikal awal = RM 12,000

AIA takaful menyediakan beberapa plan perlindungan / Penggantian pendapatan bersama rider penyakit kritikal di mana terdapat 45 jenis penyakit kritikal yang akan dilindungi oleh AIA.

A-Life Lady-i adalah pelan komprehensif untuk wanita yang memenuhi keperluan perlindungan anda. Pelan ini menyediakan faedah-faedah bagi kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal untuk anda, bersama dengan beberapa ciri-ciri pertama di pasaran yang direka khas untuk wanita.

Apabila anda menyertai A-Life Lady-i dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda akan mendapat bonus tambahan setiap tahun, iaitu Bonus Tunai Tahunan. Melalui Bonus Tunai Tahunan, anda boleh menerima bonus tunai sehingga 50% daripada caruman asas yang dibayar untuk A-Life Lady-i pada setiap ulang tahun sijil.

Jadi sertailah AIA Vitality, program unik kami yang menyokong dan memberi ganjaran kepada anda secara aktif ke atas pilihan sihat yang anda lakukan.

PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL

Gaya hidup masa kini yang serba pantas dan mencabar telah mengakibatkan peningkatan masalah kesihatan dan penyakit yang ketara. Pendapatan anda mungkin akan terjejas apabila proses penyembuhan memerlukan tempoh yang panjang. Lindungi kesihatan, pendapatan dan keluarga anda hari ini.

Berikut merupakan pelan/rider berkaitan perlindungan penyakit kritikal. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh meletakkan nama pelan/rider pilihan anda (Di ruangan Lain-lain/others:) semasa mengisi quotation di bawah.

Jangan berlengah lagi, boleh mohon quotation PERCUMA dengan mengisi borang di bawah secara online: